Allah s.w.t pasti ade alasan tersendiri menjadikan sesuatu itu tidak sempurna pada mata kasar manusia dan DIA tak perlu menjelaskan alasan itu kepada sesiapa kerana itu hak-Nya. So biar apa dan bagaimana pun rupa kita, kita tetap sempurna…berhati-hatilah dalam memberi komen terhadap kejadian manusia. Bahkan alam kerana apabila kita melihat kecantikan kita lupa dalam memuji yang maha menciptanya dan apabila melihat kejelikan kita tanpa sedar mengeji kebijaksanaan penciptanya…
“tgk si polan tu, hidungnya tak mancung”! “ish..xnak la aku pilih dia, dia hitam la”! “muke camtu ada hati nk ngurat aku?!” dan mcm2 lagi la rungutan yang penah kita dgr… cuba kita renungkan bersama..pertama, adakah empunya diri yang di kritik itu mahu hidungnya tak mancung? Kedua, adakah empunya diri yang dikritik boleh memilih warna kulit sebelum dilahirkan? Ketiga, adakah empunya diri itu tahu yang dia akan disempurnakan sedemikian rupa?? dan yang paling penting kepada siapa kenyataan kritikan itu dilontarkan?? Mari kita renung-renungkan….
Tak mungkin kita salahkan empunya diri sbb pastinya dia juga mahukan hidung yang mancung…bahkan dia juga x mampu nk membentuk dirinya dari kecil hingga dewasa… tak mungkin juga kita salahkan ibu yang mengandung..sbb mcmana ibu dapat membentuk rupa anaknya seperti mana yang diinginkan… Bukan ibu yang mencipta..bukan ayah yang mengubah..bukan empunya diri yang inginkan…so spe sbnrnya??? Bukankah yang menciptanya Allah s.w.t?? teringat nasihat mak dan ayah masa kcik2 dulu..” jgn kamu hina rupa seseorang, kerana itu bermakna kamu juga menghina Allah dengan mengatakan bahawa Allah membuat ciptaan yang buruk..”
Mungkin harini kita mulakan satu langkah baru, yang melihat segala keindahan dalam setiap ciptaan Allah s.w.t kerana x mgkin Allah silap dalam merencanakannya kerana Allah itu maha SEMPURNA..kita dilahirkan sempuna dalam setiap sudut, baik rezeki, jodoh dan perjalanannya…
Saturday, April 30, 2011
BERHATI-HATI DALAM MEMBERI KOMEN..^_^
Posted by farah at 6:59 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment